Tahniah Elica Paujin, Juara Big Stage 2022

 


    Kemenangan memihak kepada Elica Paujin atau nama sebenar beliau Angelica Paujin yang berasal dari Tambunan, Sabah. Dilahirkan pada 20 November 1999, Elica mengaku mengalami tekanan semasa bertanding di Big Stage, kerana kesemua peserta mempunyai kekuatan mereka sendiri. Apa pun terjadi, Elica telah memberi persembahan yang terbaik  dan yakin pada diri sendiri sewaktu di Big Stage. 

Elica juga sebenarnya pernah memenangi Juara Lagu Popular (JLP) Kadazan Dusun Murut (KDM) pada tahun 2019 melalui lagu Araatan (Benci). Beliau juga famous dengan lagu Momuhobo (Bernafas) dalam bahasa ibunda nya.. dan lagu ini banyak di jadikan react youtuber dari indonesia. 

Tahniah dan syabas Elica!! 


Mau belajar lagu bahasa dusun~sabah? Jom tgok video dibawah lagu Aaratan oleh Elica 



Comments

Popular posts from this blog

BENN SIMON BUKAG

AZNOR JIPIN

FABIAN WILLIAM - ID PANGADADAN